Nuffnang Ads

Khamis, 28 Jun 2012

Kisah Selipar Jepun

Kali nie aku nak menceritakan satu kisah selipar jepun yang berlaku pada zaman aku kecik-kecik dulu lah.. Zaman sekolah rendah dulu la.. aku teringat pasal cerita ni sebab semalam waktu hantar kak Malia balek dari keje die bercerita la satu cerita yang panjang lebar kat aku dengan Kimi. tapi yang aku teringat pasal cerita selipar jepun nie sebab die cakap mcam ni.. " Sedangkan selipar jepun yang putus tu pun akak ingat.. inikan boifen-boifen aku dulu." dgr cara die cerita memang banyak betul lah boifen die.. eh. jap.. tapi kenapa selipar tue dinamakan selipar jepun?. knape tak dinamakan selipar Belanda ke, selipar Portugis ke, K.Rajagopal ke, Safee Sali ke.. orang Jepun je ke yang pakai selipar.. tak de pulak gambar Maria Ozawa kat selipar tu sampai dinamakan selipar jepun.. knpe Jepun pulak yang dapat nama?. tapi org cakap waktu penjajahan jepun dulu orang-orang jepun ni pakai selipar mcam tu.. manakala penjajah-penjajah mat saleh ni pulak pakai kasut-kasut yang agak canggih.. ahhh. apa-apa je lah..



'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''

Ok lah.. Sambung cerita..



Pada zaman dahulu, di sebuah perkampungan Felda yang dinamakan Jengka 15. Ada seorang jejaka ensem yang bernama Fadhil.. tue nama guwa kalau nak tau..keh..keh.. dan aku ada seorang brader kandung. Pada hari Jumaat yang sangat cerah dan harmoni.. Dengan burung-burung murai terbang berkicauan.. awan yang cerah menampakkan matahari yang tersenyum sambil memakai cermin mata Okley.. Aku dengan brader aku tengah bersiap-siap untuk pergi sembahyang Jumaat.. 




Bila melangkah je keluar rumah aku tengok selipar Jepun brader aku dah tak mcam selipar dah.. aku pun berkekeh gelak..aku pun sindir abang aku..






"keh..keh.. cantik selipar abang.. keh..keh.."




"Ko diam la.." 




jawab brader aku..




"Balik ni aku nak rembat selipar orang kat masjid tu.. keh..keh.." 




Ujar brader aku..






Niat mula-mula punya lah murni nak pergi sembahyang Jumaat.. tapi ade niat jahat disebalik melakukan kebaikan tue.. hahaha.. jahat sungguh abang aku ni..




Aku pon pergi la sembahyang Jumaat bertiga sekali dengan ayah aku...




Sampai je Masjid.. aku dengan brader aku macam biasa la.. port baek punya belakang sekali.. aku tengok brader aku dah senyum-senyum usha selipar jepun yang die nak rembat.. sekali die dah aim satu.. sambil tolak bahu aku...






"Ateh....




panggil brader aku.. sambil menjuih mulut dia kat selipar yang die dah target tu..




aku tengok tak ada lah cantik sangat.. tapi nampak mcam baru...




Mcam ni la cth selipar jepon 

Bila dah selesai sembahyang...aku pun bagi lah salam yang kedua..


"Assalamualaikum Warahmatullah..."


"Aik?. mana hilang brader aku ni.."


aku toleh belakang tengok dia berlari terkedek memasuki kereta..kah..kah... pantas sungguh brader aku ni buat kerja..kah..kah..


Aku pun bangun la pergi mendapatkan brader aku tu..


"abang.... awal dari imam lagi... keh..keh.."


"gila kau.. nanti kantoi.. tak pasal-pasal kene pulang balik selipar jepon ni.."


imam pun dah selesai mambaca doa..aku dengan brader aku tnggu la ayah aku didalam kereta untuk pulang kerumah...


Selang beberapa minit.. aku terlihat kelibat seorang yang sangat kacak berjalan menuju ke kerata..ahh.. ayah aku rupanya.. muka saling tak tumpah kekacakannya seperti anak beliau.. ayah aku berjalan menuju ke kereta..brader aku pun seronok sebab dapat rembat selipar baru tue.. terkeluar dari mulut die berkata...


Yessss!!!.. ayah dah datang...




Tapi bila tengok ayah aku berjalan aku ade musyikil sikit.. kenapa ayah aku datang ke kereta tanpa sebarang alas kaki atau lebih dikenali sebagai selipar??.. aku dah rase macam sedikit laen macam dan kompius... hurmmm!!. aku pun ckap..




"cilake.. abg tengok.. abang rembat selipar orang laen.. orang laen pon rembat selipar ayah.." kesian ayah tau....




Ayah aku buka pintu kereta...


"Tup..."


pintu terbukak..


Dengan nada yang terkejut brader aku tanya ayah aku...


"hah?!.. kenapa ayah tak pakai selipar??.. selipar ayah hilang ke??..


"ha'ah.. ade orang curi kot."


balas ayah...


tetiba ayah terjeling selipar yang brader aku pakai tu..


"cantik selipar abang.."


Ujar ayah..


"hah.."


blasas brader aku..


"ni mcam selipar ayah nie... abang amek selipar ayah yew.."


ujar ayah aku..


"hah?.. abang tak ada selipar ke??.. abang pakai selipar apa datang tadi?/.."


aku buat-buat tanya.. seolah-olah aku tak bersubahat dan langsung tidak mengetahui dengan perbuatan jahat  brader aku tue..keh..keh..


Brader aku balas...


"Abang tak jumpa selipar abang tadi.."| sambil buat muka kesihan.. keh..keh..


"pegi cari balek selipar abang tu.. patut la ayah tak jumpa selipar ayah tadi.."


ujar ayah..


brader aku pun keluar la dari kereta dia  lepas tu pegi la amek balek selipar buruk die tu dengan membuat mimik muka dah macam semut kembali ke sarang tanpa sebarang makanan.. aku yang duduk seat blakang dah terkekeh-kekeh menahan gelak..keh..keh... sebaik brader aku masuk kereta.. ayah aku bersuara...



"patut la amek selipar jepon ayah.. buruk sangat dah selipar nye tue.."


aku senyum je.. sambil tahan ketawa..keh..keh..


"jap lagi ayah bagi duit pegi la beli selipar Jepon kat kedai Mat Sah tu yew.. kah..kah.."


ujar ayah sambil ketawa..


Apabila sampai je dirumah aku terus masuk ke dalam bilik.. Lantas aku meneruskan segala yang aku tahan di dalam kereta tadi..


Kahhhhh...kaahhhhh..kahhhh....


Brader aku pandang aku dengan muka yang tak puas hati jer...   kahhh.kahhh...


''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''

Pada hari tu aku dah belajar dan sedar..


"Sepandai pandai tupai melompat.. akhirnya jatuh ketanah jua.. inikan tupai yang tak pndai nak melompat.. lagi la tersembam jatuh.."




Setiap apa perbuatan yang kita lakukan, sama ada baik atau buruk, Allah akan tetap akan memperlihatkan kepada umum.. jika kita terlepas di dunia.. akhirat nanti pasti tidak.. kita tidak akan terlepas walaupun satu detik pun.. Semuanya telah direkod kan di dalam diari amalan kita...

Selasa, 26 Jun 2012

EURO 2012 Poland Ukraine

Setelah jauh aku berjalan.. menempuh liku.. akhirnya berjaya jugak aku sampai di Stadium Warsaw Poland. Dimana tempat bermulanya sepak mula perlawanan bola sepak yang berprestij di Eropah.. Suasana yang sungguh meriah menghangatkan suasana EURO 2012 pada kali ini.. aku pun bersama York, Arip, dan Izam mengambil tempat yang selesa untuk menyaksikan perlawanan pertama di antara Pasukan Tuan rumah Poland bertemu Greece.. walaupn Poland dan Greece bukan pasukan favorite aku, tapi tak lengkap sebenarnya kalau deman bola tak tengaok perlawanan pembukaan di skrin 40" rumah aku nie..keh.keh.. 


My mom always said.. " kau tak payah nak London sangat lah.. kau tu kat rumah makan tempoyak jugak.. xde bertukarnya rambut kau tue macam Pavel Nedved tu".. emm.. macam mana mak aku boleh tau lagenda  bola sepak Juventus ni.. hebat jugak mak aku nie.. yeahh..Walau bagaimanapun Tempoyak memang terbaek didunia!!..
Ni la lagenda Juveentus


16 Negara terbaik Eropah berentap di bumi Poland dan Ukraine. Sebenarnya diorang bermain untuk dapatkan khazanah besi ni je. kalau balik rumah buat sendiri pun boleh.. tetapi dengan berjuang untuk mendapatkan Trophy ni sebenarnya berjuang untuk maruah dan kebanggaan negara masing-masing. yeahh!!.. 
EURO 2012 Trophy Poland Ukraine

Macam biasa lah.. setiap kejohanan bola sepak Piala Dunia ke, EURO ke, piala Africa ke.. setiap manusia di dunia ini mempunyai pasukan kegemaran masing-masing. Mak Bedah yang buat kuih depan rumah aku ni pon fanatik sangat dengan pasukan Belanda dia. tiap-tiap perlawanan yang Belanda main mesti kedai kuih die tutup.. kah..kah.. tapi masalahnye sekarang muka dia asyik masam je, sebab Belanda xpernah pulak nak menang.. Diminta Mak Bedah bersabar yew.. keh..keh. Relek Mak Bedah.. dah kalah jangan nak jual mahal pulak karipap tu.. jngan jadi dua singgit plak..memang aku boikot Mak Bedah nanti..

Satu lagi, dek kerana deman EURO.. sampai ada yang tak tahu tentang EURO, tapi nak buat-buat tau jugak.. Orang lain sembang, dia pon nak sembang.. Boleh pulak dia bagi statement " Brazil mempunyai ramai permain yang hebat.. Mereka juga pernah memenangi EURO.."..keh..keh.. akak.. kalau tak tau sangat jangan la publish statement kat public.. tak kan nak cari publisiti sampai cara mcam ni kot... hihihi.. sakit perut aku gelak..


Mesti akak tu akan cari aku sampai jumpa lepas baca entry aku ni.. mintak-mintak la die tak jumpa bloq aku..keh..keh.. tak kan semalam peta dunia dah berubah?. huhuhu

Ohh.. kita sambung balik..

Pasukan pilihan aku dah kompem-kompem la Spain.. tapi di sebabkan pasukan Spain terlampau hebat dipersada dunia sekarang, maka aku dengan kawan-kawan aku telah mengharamkan untuk untuk mempertaruhkan pasukan tersebut. Maka aku pun telah memilih pasukan Germany sebagai pasukan no2 aku lah. nampaknya pasukan Jerman telah mengharungi setiap perlawanan dengan baik.. aku predict Spain akan jumpa Jerman Final ni..

Aku penyokong setia Malaysia.. keh..keh..


Di sebabkan Demam bola melanda.. Aku dah tak boleh nak tido awal hari ni.. sebab selalunya game akan start pukul 2.45am.. dan disebabkan game tak ada hari ni telah membuatkan aku kembali untuk menulis bloq  yang tak berapa nak best ni lah. Dan percayakah anda, disebabkan bola nie la punchcard kerja aku selalu merah dah sekarang. sebah hari-hari terlewat bangun nak pergi kerja.. Macam ckit je increment gaji aku tahun nie..huhuhuhu

Aku dah plan dah nak belanja Boss teh tarik dengan mee goreng mamak kat depan kedai kak Maria tu.. agak-agak appraisal aku boleh naik tak..

Ahad, 13 Mei 2012

Man City Atau Man Utd!!..

Hari ini adalah hari penentuan, Club Manchester yang manakah akan merangkul gelaran juara Liga EPL pada malam ini.. kesemua pemina daripada Nepal, Bangladesh, Burma, Greenland, Malaysia, K.Rajagopal, Safee Sali, dan semua negara akan menanikan detik 10malam ini untuk tidak terlepas menyaksikan Liga berprestij ini.. 

Demi mendapatkan satu piala, dua kelab Manchester akan bermain bersungguh-sungguh.. Walaupun hanya sekadar satu piala.. tetapi terdapat perbezaan dan makna yang besar kepada dua kelab ini..



Tadi lepas aku balik dari pada kerja.. pun duk usha2 la, cuci2 mata.. maklum la.. ramai sangat orang kat shopping complex nie.. tapi yang aku paling perasan skali hari ni terdapat ramai orang yang memakai baju Man Utd.. tak kira la awek-awek yang tengah tunggu si pakwa keluar dari toilet ke.. mat-mat Indonesia yang tengah buat kerja kontrak, makcik-makcik yang tengah membeli belah kat Carefour, Mat-mat bangla yang tengah menyapu sampah.. dan brader2 yang lepak kedai maple.. semuanya pakai baju Man Utd.. tpi aku tak nampak pulak mahluk-mahluk yang memakai baju Man City.. Mungkin mereka simpan untuk pakai pergi kerja Esok kot..

Tapi hari ni.. memang dah ramai dah aku tengok yang pakai baju man Utd.. Tiba-tiba mereka akan menjadi penyokong kuat QPR pada malam ini.. Muka semua berpihak kepada  Tony Fernandes.. keh..keh.. tapi aku.. walaupun Pasukan Wolves telah tersingkir ke Division bawah musim depan.. aku tetap menyokong pasukan Hoki Malaysia yang telah melangkah ke peringkat akhir Piala Hoki Remaja Asia malam ini..
Malaysia Bolehhh!!!!!

Takde Jersey hoki.. Bola pon jadi la..keh..keh..

Jumaat, 13 April 2012

Norma-Norma Kehidupan..

Kehidupan di dunia ini semakin hari semakin mencabar minda dan fizikal setiap mahluk yang berada di muka bumi ini. Baik manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, dan ape sahaja yang berada di muka bumi ini, semuanya akan merasai apa jua cabaran sama ada susah ataupun senang. Masalah tidak pernah mencari mahluk di muka bumi, tetapi mahluk di muka bumi yang mencipta dan mencari masalah itu sendiri. Tetapi, untuk melarikan diri daripada setiap masalah adalah mustahil, walaupun dimana kita berada. dan masalah yang paling besar sekarang, ape benda yang aku nak taip kat blog aku nih?. 

Disebabkan terpengaruh dengan cerita Blow sebentar tadi yang dibintangi oleh Actor Johnny Depp, terus aku dah macam seorang pensyarah menaipkan perenggan di atas, walaupun aku selalu kena berdiri atas kerusi dengan Cikgu Maziah waktu darjah lima dulu sebab tak siap buat karangan bertajuk "Cita-cita saya". Sampai sekarang aku masih merasai penangan tempeleng cikgu Maziah dulu seorang guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu. bekas kemerah-merahan terasa aliran darah mengalir dengan patas sehingga menusuk ke dalam rahang. Di sebabkan penangan jurus yang sangat hebat dikeluarkan oleh Cikgu tersebut, aku dah pandai buat karangan "cita-cita saya" sekarang. Terima kasih Cikgu. keh..keh..keh.

Dan sebenarnya aku tak berminat pun nak cerita benda-benda yang aku taip di atas. cakup sekadar intro yang macam dah tak de idea nak tulis.

Tadi aku baru je lepas tengok cite Blow. Ia mengisahkan kisah kehidupan George Jung, yang merupakan seorang pengedar kokain atau dadah yang terbesar di Amerika Syarikat pada era 70an sehingga awal 80an dahulu. Ini adalah sebuah kisah benar dan cerita ini direka selepas sesi interview di dalam penjara. Dalam masa sebulan beliau telah berjaya mendapat lebih kurang USD1.6juta daripada hasil perniagaan kokainnya. dan menjadi seorang yang sangat mewah.

Poster Filem


Pepatah melayu ada berbunyi. Langit tak selalu cerah. Rancangan yang hebat tidak semestinya berjaya. Beliau telah ditangkap dan dipenjara sebanyak tiga kali, kerana dikhianati oleh rakan perniagaan, termasuk yang terbaru beliau ditangkap pada tahun 1994 dan dikenakan hukuman penjara selama 60 tahun.

Perkara yang sangat menarik tentang beliau adalah perwatakan beliau yang sangat baik dan beliau sangat menyangi anak perempuannya. sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk anak perempuannya. Walaubagaimanapun impian beliau untuk menjaga dan membahagiakan anknya tidak kesampaian apabila beliau ditangkap dan dipenjarakan sehingga sekarang.

Kepada sesiapa nak tengok cite ni, tnggu la cerita ni keluar kat Astro HBO esok, sebab Astro ka akan berulang-ulang siaran..hi..hi.. tak pon search je google. mesti jumpa punya..

Selepas aku tengok cerita ni, aku mula terfikir, mungkin ada dikalangan pengemis di negara ini pernah menjadi manusia yang agak hebat pada waktu ketika dahulu. Oleh kerana dikhinati oleh rakan perniaaan menyebabkan seorang itu jatuh dengan teruk.. dan apabila ada peminta bantuan datang kat aku, mesti aku akan bagi singgit.. hi..hi..hi.

Apasalahnya apabila kita bagi sedekah kepada yang meminta. kalau setakat singgit tue ape de hal. sekurang-kurannya ikhlas walaupon jumlahnya sedikit. tapi kalau peminta bantuan mintak sampai RM10 tu kalau tak ikhlas baek tak payah bagi la. buat apa bagi klau tak ikhlas. membazir je. baek pergi kedai KK 24jam beli jajan bagi anak buah makan. lgi mcam bagus..hi..hi..

Teringin aku singgah kedai KK sebelah ni..hu..huuu...

Sabtu, 24 Disember 2011

Wedding!!...

Eemmmm..Walaupon krismas dan Happy New year dah lepas... tapi aku xde bende nak type tentang bende yang macam mentensionkan aku ni.. sebab xde bende ape pon aku nk type.. Tak kan nak cite aku tak dapat cuti kot.. rase mcam tension je..hurmm!! xde modal nk cite.. tapi nk jugak type blog nie.. cari punya carikk.. jumpa la tajuk yang mcam seronok ni untuk orang yang dah berkahwin..haha..

Sebenarnye aku macam tak patut tulis blog menggunakan tajuk nie..Sebab selalunya yang menggunakan tajuk sebergini adalah golongan2 andartu.. tak pon golongan2 wanita yang macam tak sabar2 nak kahwin da kan...huhuhu.. yang lelaki macam wanita pon suka jugak cita pasal kawen2 nie..

Tapi aku bukan termasuk dlam golongan2 yang disebutkan.. Just nk becerita sesuatu je..

Bukan apa.. Sekarang ni cuti skolah kan.. So begitu ramai la orang2 kampung dan orang2 bandar yang merancang perkahwinan. Sehingga penuh event aku dalam mukabuku aku.. ade yang sampai tak pegi pon..

Sori la Bro.. Guwa bukan tak pegi tapi guwa ade tugas terlampau yang perlu diselesaikan buat mase sekarang.. tapi nanti kenduri umah aku jangan boikot plak.. huhuhu

So yang aku tak dapat pegi tu jangan kecik ati plak..xpe2.. dari jauh aku akan hantar hadiah kahwin..hahha..



Tahniah la kepade sapa2 yang telah, sedang, dan akan melangsungkan perkahwinan.. Semoga kekal ke akhir hayat, tak lupa juga yang tengah merancang2 untuk kawen tu tahniah diucapkan... 

Sebenarnya bila aku pikir-pikir kan balek tengok kawan2 aku yang dah kawen, baru aku sedar diriku ini dah besar panjang rupenye... rase macam sekejap je masa berlalu.. Rasa macam baru je aku dengan kawan2 amek exem UPSR dulu.. Sebelom tu maen polis sentri ngan aci nyorok waktu kat skolah dulu..hakhak.. tapi kalau maen polis sentri memang aku la yg macam best.. sebab aku pelari sprint no satu kat dalam skolah tu dulu..hahaha.. lepas tu aku ngan ucup skodeng budak pompuan yang tukar baju dalam kelas lepas subjek pendidikan jasmani.. tak pasal2 kene tempeleng skali dengan Cikgu Zul waktu tu.. sampai skrang terngiang2 penangan cikgu disiplin aku tu.. hanya aku ngan Ucup je yang tau penangan die semaner.. ini sume ajaran daripada Mat Ucup Sonto..hahaha

Satu lagi orang zaman sekarang nie dah tak guna kad jemputan banyak2 dah.. sumenye buat kad kahwin yang mahal dalam harga 3inggit sekeping tu.. lepas tu post kat fesbuk.. lepas post tag gambar ramai2.. kalau kenelan die ade satu ribu orang.. jenuh la die nak tag.. tapi takpe.. nak cut cost punye pasal, takot nanti  hantaran terkurang sebab buat kad kahwin banyak2..

huhu.. ni antara contohnye..hihii.. tapi nie hantaran orang yang invite ni mahal.

Wanita sekarang nie mane ade harga jenama Bata atau kedai bundle Ah Hong dan harga kasut sarung pengguin..

Hahha..Ni la Kasut Pengguin aku dulu..
macam kasut kungfu Bruce Lee pon ade kan..

Sekarang nie harga wanita ada yang ikut Gred jugak.. mane yang SPM tu harga Macam Roxy je la.. Yang ade Diploma plak macam harga ZARA atau Laura Ashley.. yang Degree dah tentu mcam Gucci atau Armani Exchange.. huishh.. jenuh2..

Tapi sekarang ni, mane yang tak ikut gred sume nak letak tag harga Louis Vuitton mcam kat Fahrenheit 88 tue..emmm. klau LV kat Petaling Street tu boleh jugak la aku beli... So.. bermaknanya aku kene la kumpul duit dari sekarang untuk bayar downpayment kereta Lamborghini Murcielago...

Tapi sebenarnya aku nak bagi tau la.. boleh dikatakan sume awek2 yang penah kaple dengan aku dulu mesti bile jumpe dah kahwin.. ade sorang lagi yang belom kawin.. tapi bulan nie akan melangsungkan perkahwinan.. so.. aku nie kira tempat persinggahan sebelom orang melangsungkan perkahwinan la kot..hahhaahaha..

So.. Moral story die sape yang rase macam susah je nak kawen baek kaple dulu dengan aku.. lepas clash mesti senang kawen punye;...haahahaha.. Aku jugak yang tak kawen2 lagi.. Tapi orang cakap jodoh ditangan Tuhan dan telah ditentukan.. Kita perlu berusaha je la untuk mencarik yang terbaekk utk diri kita.. Agar hidup kita aman dan tenteram dimasa mendatang..dan kenapa aku macam nak bersyarah nie???...

HAPPY NEW YEAR EVERYONE!!!!!!

Sabtu, 22 Oktober 2011

Lumrah Kehidupan...

I'm Coming back!!....

huh.. dah lame aku tak kembali ke alam maya agak durjana nie... letih balek dari keje pon belom habis lagi.. tapi tetibe je terase nak type blog nie.. walaupun aku just ade sorang je follower.. tpi ok la dari xde kan.. aku tau ramai yg nk follow blog nie.. tapi diorg sume malu la tue nk jadi orang terawal yg follow.. nnti klau dah artis yg follow blog guwa mula la korang sume nk follow jugak kan..hakhak...

ari nie aku nk cite sikit ape yang berlaku sebentar tadi..

Macam biase.. ak balek keje kul10 mlm.. biase la.. keje shift je.. jadi balaci.. sebab tue duit simpanan tiap2 bulan xpenah ade.. duduk kat KL, tapi gaji tnggi sikit dari gaji bangla petrol pump je.. semaner nk idup.. nk bayar rumah lagi, kereta Evo10 aku tu lagi.. mang xleh idup la.. tapi, di atas semangat aku yang kental dan berkobar2 untuk meneruskan cabaran hidup di bandar metropolitan nie. masing-masing mencari rezeki dan mengejar kehidupan yang semakin berkembang di zaman teknologi ini, dengan teknologi yang semakin maju tiada noktahnya. semakin aku mengagumi keindahan dan cabaran onak liku yang ada di Kota Metropolitan ini. Bandar yang menjadi tumpuan orang kita.huhu.. aku cuba sedaya upaya untuk meneruskan perjalan hidup yang dengan penuh bergaya skali..serius aku type mcam golongan artis..dah masalahnye aku nie dah kenape mengarut bende tak berfaedah nie..

Sambung semula, sebelum aku balek aku lepak dulu kat kerusi ogawa yg boleh urut2 belakang tue.. perghhhh!!!... sedap giler.. klau dapat full body massage macam kat danok tue mesti best.. terase nk pegi sane plak.. aku cadang nk rembat satu bawak balek rumah Kerusi tue.. tapi agak2 nye mcam comfirm kantoi bila aku bawak kuar dari sini..hurmm...

aku pon teruskan berjalan menuju ke arah kereta Evo10 aku yang sangat cantik bersinar itu..dari jauh seperti memanggil2 tuan dia untuk drift di dataran merdeka..

Hurmm... ini la Evo10 yang ak banggakan tu.. tapi gambar ni aku copy kat tenet.. tapi lebih kurang camtu la evo aku.. nanti ade duit lebih sikit nk convert Coure plak..huhuhu..

Bila aku start enjin.. evo aku berderumm.. tunggu la dalam 2minit panaskan enjin dulu..sambil bukak kemeja.. bila aku terus berjalan tetibe terase kereta macam ditarik kekiri.. bile aku keluar tengok rupenya tayar kereta aku sebelah depan kiri pecah.. aku pon xtau sebab ape.. aku tngok tak ade pon cangkul kat tmpat parking aku.. bilakah waktu kejadian ini.. aku terfikir.. tanpa membuang masa yang berlalu.. aku bukak but blakang amek tyre spare dan tukar la tayar.. 

Penukaran tayar penuh dengan onak likunya.. mcam2 terjadi jet kereta rosak la..hurm.. mcam tau2 je tayar nie aku nk tukar dengan sport rim.. merajuk la nie.. aku pon balek keje mcam baru balek keje bangkel.. Bentang tilam dan terus... ZZZzzzzzzzZZzz...

mcam tak best je cite ni..

Ahad, 28 Ogos 2011

Raya, Kerja dan dot.. dot.. dot..

Masuk hari ni dah 28 hari kita dah berpuasa. kalau ada orang tanya aku pose penuh ke tak. mesti la aku jawab penuh. bulan pose nie tak baek menipu..bulan laen tak pe..hakhak.. raya dah hampir. Cuaca ari ni menunjukkan sungguh panas sekali. aku tengok matahari di langit tgh sengeh2 dengan pakai sepek mata itam jenama Oakley sambil buat tangan melambai dengan riak dan takabbur.

Masuk ari ni dah dua ari aku cuti kerja.. bermakna aku msih ada lagi 2ari untuk bercuti.. alahai.. cepatnye dah dua ari.. Semalam ak bertolah dari KL balek ke kampong halaman ..perghh!!... perasaan bila nak balek raya tue.. tak dapat digambarkan..

Waktu dalam perjalanan pulang ke kampong tu terasa mcam berkobar2 nak balek beraya.. bila dilihat kenderaan yang banyak membanjiri jalan-jalan raya. lepas tu tengok Sume petrol pum da mcam shopin komplek, dengar plak lagu raya yang berkumandang di corong2 radio.. iyahh!!.. suasanan yang begitu seronok untuk pulang beraya.. 

aku pon nk turut serta lepak kat Shell sebelom masuk toll Gombak.. nampak mat Bangla tgh bersiap sedia ingin melakukan tugasnya... aku bukak puntu..

Caa... kasi full tank.. 

Orait!!.. sambung Bangla tu..

aku pon pegi la masuk Damal 7e kat Shell tue.. pergh.. cun la awek kaunter nie.. tpi guwa buat kool je.. tngok awek kaunter tu da senyum2 usha guwa.. aku tau mesti die nak mntak no telepon aku punye..

"Dik.. Reload T n Go lima ploh".. aku senyum..

"T n Go abes la bang, cube try Petronas sebelah".. smbil balas senyum kat aku..

arghh.. cair nye aku tngok die senyum.. tapi muka masih kool lagi

"oh.. time kaseh dik yew".. aku pon blah..

arghh!!.. knpe awek tue senyum kat aku.. cair shial.. knape la awek tu malu2 mntak no tel aku.. kalau die mntak kompem aku da bagi dah.. msti die menyesal tak mintak no aku..hihihihi..

aku pon berfikir.. 

pandai Tokey 7e ni dalam marketing.. publish awek2 cun jaga kaunter.. ramai plak ak tngok mamat2 muda2 singgah 7e tue.. padahal beli air minerel singgit je.. saje trick la tue.. yg tua pon ade buat2 nak beli air jugak.. hurmm.. tp aku yakin awek tue mesti suka kat aku punye.. kesian die tak dapat no tel aku.. msti awek tue balek rumah wat ststus frust kat fesbuk lepas tu tumbuk dinding tak dpat no tel aku..hakhak..

aku pon pegi la petrosan sebelah.. ade brader petronas tu la yg jage.. mlas la aku nk senyum..

bro.. T n Go lima ploh..

 Orait bang....

Selesai.. aku teruskan perjalan jarak lebih kurang 170.24kilometer jauhnya..bila nampak je toll gombak tu terasa beban bekerja hilang sekejap..arghh... bestnye balek raya.. lampu2 jalan yg tersusaun membuat kan aku mengagumi keindahan lampu2 jalan.. huhuhu.. bile jejak ke pintu rumah jmpe mak ayah.. haha.. seronok giler..

Tapi lepas masuk bilik.. hurmmmm.. mcam biase je.. trus ilang feel raya.. orang ckap feel raya tu datang bile dalam perjalanan pulang beraya je.. sebab waktu tu orang ramai berpusu-pusu pulang kekampung halaman. tmbah2 kalau perjalanan tu lagi jauh.. lagi la terase seronok nak pulang beraya.. tapi bile dah sampau kampung.. tak ada ape yg menarik pon sebenarnya.. same je mcam pulang hari2 biasa..haha.

***************

Semalam ak g shopin kat SOGO.. Pukul 12.13 minit tengah ari aku sampai SOGO dengan menaiki tren.. sebab mlas naek keta takot jem.. aku dah agak orang ramai kat SOGO tue tapi ak tak sangka umat manusia teramat ramai lebih dari sangkaan aku.. dah mcam semut dah ak tngok.. nak cari baju ckit pnye ramai. nk cari awek pon mang tak dapat la.. sume dengan balak die.. hakhak.. last2 dpat ak beli baju dlam 5 helai baju ngan  1 suar.. nk cari lagi..tpi mcam tak snggum nk meredah jem umat manusia.. 5baju termasuk baju utuk ayah ngan adik aku dua org.. anak buah aku nenek die dah belikan.. taun depan la aku belikan utk anak buah aku  plak..

Nie hah.. dah mcam semut pakai baju dah aku tngok.
************

Taun ni aku aku dah plan nk pkai baju melayu kale coklat, skali ngn sampin, lepas tu pakai songkok tinggi ala2 mcam YB tue. msti nampak mcam segak ari raya First nanti.. ari raya ke-2 plak ak nak ubah fesyen ckit.. pakai suar slack dengan kemeja warna unggu masuk dalam suar, tali leher kaler ungu terang, kasut itam yg agak2 mcam nak rare je.. lepas tu ade tag nama yg bertulis tulis Opts Executive Laura Ashley tergantung di leher.lepas tu lepak kat Mid Valley.. huh.. stylo tak.. mcam brader2 kan.. huh.. shial la.. Frust raya sekejap sgt.. taun nie raya ke-2 aku dah kne keje la.. aduhai.. nampaknya layan cite hantu bonceng la raya ke-2 nanti..

Ape2 hal pon aku balek nie nk kena buat kerja rumah.. tolong parent aku buat kerja.. di kesempatan nie aku nk ucapkan 

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITTRI, 



maaf Zahir dan Batin kepada semua.. aku tau aku mang byk buat silap kat orang laen.. aku mntak maaf byk2.. setiap orang mesti ada buat silap punya.. tak boleh lari lah.. :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...