Nuffnang Ads

Jumaat, 13 April 2012

Norma-Norma Kehidupan..

Kehidupan di dunia ini semakin hari semakin mencabar minda dan fizikal setiap mahluk yang berada di muka bumi ini. Baik manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, dan ape sahaja yang berada di muka bumi ini, semuanya akan merasai apa jua cabaran sama ada susah ataupun senang. Masalah tidak pernah mencari mahluk di muka bumi, tetapi mahluk di muka bumi yang mencipta dan mencari masalah itu sendiri. Tetapi, untuk melarikan diri daripada setiap masalah adalah mustahil, walaupun dimana kita berada. dan masalah yang paling besar sekarang, ape benda yang aku nak taip kat blog aku nih?. 

Disebabkan terpengaruh dengan cerita Blow sebentar tadi yang dibintangi oleh Actor Johnny Depp, terus aku dah macam seorang pensyarah menaipkan perenggan di atas, walaupun aku selalu kena berdiri atas kerusi dengan Cikgu Maziah waktu darjah lima dulu sebab tak siap buat karangan bertajuk "Cita-cita saya". Sampai sekarang aku masih merasai penangan tempeleng cikgu Maziah dulu seorang guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu. bekas kemerah-merahan terasa aliran darah mengalir dengan patas sehingga menusuk ke dalam rahang. Di sebabkan penangan jurus yang sangat hebat dikeluarkan oleh Cikgu tersebut, aku dah pandai buat karangan "cita-cita saya" sekarang. Terima kasih Cikgu. keh..keh..keh.

Dan sebenarnya aku tak berminat pun nak cerita benda-benda yang aku taip di atas. cakup sekadar intro yang macam dah tak de idea nak tulis.

Tadi aku baru je lepas tengok cite Blow. Ia mengisahkan kisah kehidupan George Jung, yang merupakan seorang pengedar kokain atau dadah yang terbesar di Amerika Syarikat pada era 70an sehingga awal 80an dahulu. Ini adalah sebuah kisah benar dan cerita ini direka selepas sesi interview di dalam penjara. Dalam masa sebulan beliau telah berjaya mendapat lebih kurang USD1.6juta daripada hasil perniagaan kokainnya. dan menjadi seorang yang sangat mewah.

Poster Filem


Pepatah melayu ada berbunyi. Langit tak selalu cerah. Rancangan yang hebat tidak semestinya berjaya. Beliau telah ditangkap dan dipenjara sebanyak tiga kali, kerana dikhianati oleh rakan perniagaan, termasuk yang terbaru beliau ditangkap pada tahun 1994 dan dikenakan hukuman penjara selama 60 tahun.

Perkara yang sangat menarik tentang beliau adalah perwatakan beliau yang sangat baik dan beliau sangat menyangi anak perempuannya. sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk anak perempuannya. Walaubagaimanapun impian beliau untuk menjaga dan membahagiakan anknya tidak kesampaian apabila beliau ditangkap dan dipenjarakan sehingga sekarang.

Kepada sesiapa nak tengok cite ni, tnggu la cerita ni keluar kat Astro HBO esok, sebab Astro ka akan berulang-ulang siaran..hi..hi.. tak pon search je google. mesti jumpa punya..

Selepas aku tengok cerita ni, aku mula terfikir, mungkin ada dikalangan pengemis di negara ini pernah menjadi manusia yang agak hebat pada waktu ketika dahulu. Oleh kerana dikhinati oleh rakan perniaaan menyebabkan seorang itu jatuh dengan teruk.. dan apabila ada peminta bantuan datang kat aku, mesti aku akan bagi singgit.. hi..hi..hi.

Apasalahnya apabila kita bagi sedekah kepada yang meminta. kalau setakat singgit tue ape de hal. sekurang-kurannya ikhlas walaupon jumlahnya sedikit. tapi kalau peminta bantuan mintak sampai RM10 tu kalau tak ikhlas baek tak payah bagi la. buat apa bagi klau tak ikhlas. membazir je. baek pergi kedai KK 24jam beli jajan bagi anak buah makan. lgi mcam bagus..hi..hi..

Teringin aku singgah kedai KK sebelah ni..hu..huuu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...