Nuffnang Ads

Ahad, 31 Julai 2011

Laki lebih ramai dari wanita??.


Sumber Buletin Utama, 29/07/2011 20:53:00 - Malaysia kini mempunyai 28.3 juta penduduk dengan bilangan lelaki melebihi wanita.

Laporan Banci Penduduk Dan Perumahan Malaysia 2010 menunjukkan penduduk lelaki kini berjumlah 14.56 juta orang dan wanita, 13.77 juta.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan ialah sebanyak dua peratus bagi tempoh tahun 2000 hingga 2010.

*****************

Kenape macam musyikil je. sebab aku pergi mane-mana nampak pompuan je ramai. sekolah aku belajar dulu pun  golongan yang bakal menjadi ibu je yang ramai, waktu kat Universiti pun perempuan ramai, waktu kerja pun perempuan ramai. mane pegi lelaki semua yang ramai dan tampan seperti aku tu. ni tersalah bancian kot.. hurmmmm..

dulu aku punya la tnggu orang datang meminang aku sebab aku dengar pompuan lagi ramai dari lelaki. patut la sampai sekarang tak ada orang nak meminang aku. pompuan tak cukup rupanya. semaner nie. terpaksa la booking awek dari sekarang. kalau tak, macam tak kawen aku nanti.

****************

Tapi di zaman sungguh mementingkan teknologi dan wang nie. kaum wanita kebanyakannya memilih lelaki tua untuk dijadikan suami. Sebab bagi pendapat aku la. orang yang agak berumur ni mempunya wang kumpulan yang lebih banyak. Aku tak cakap semua perempuan. Kebanyakannya sahaja... nak sebut contoh macam tak sanggup plak. nanti takot artis datang saman aku. aku baru berjinak2 dengan blog ni. kurang tau la law dalam blog nie. tapi memang betul jugak begitu. 


Memang la orang cakap wang ringgit tak boleh beli kebahgiaan. tapi cuba korang semua pergi kedai runcit Ah Chai kat sebelah bengkel Wah tu. korang nk beli beras sekampit. tapi duit tak cukup. korang cakap la.." Acai.. duit aku tak cukup la.. tapi aku ada kebahgiaan ni.. boleh bayar guna kebahgiaan tak?" Agak-agaknya apa tindakan Acai..





Rugi aku tak ayat murid aku waktu aku ngaja budak kat Cemeron highland dulu. waktu aku megaja umor ak 19tahun. umur budak2 yang aku ngajar tue dalam lingkungan 10-12tahun. kalau ikutkan jarak umur takde la besar sangat beza. tapi disebabkan aku seorang guru yang sangat berdidikasi dan mementingkan wawasan anak bangsa. aku mengajar dengan penuh keikhlasan.. hakhak..

"yek2 je lu nie penah jadi cikgu. muka pecah rumah habis rosak budak2 kalau lu ngaja." 

Itulah kata-kata daripada insan yang tidak mempercayai diriku menjadi seorang pendidik..


Aku tau mesti ramai yang tak caye dan mencemburui dengan profesion dan bakat yang dikurniakan kepada aku..hehe.. kena la tunjukkan buktikan baru lah orang percaya.

Solehnya aku.. comel budak2 nie kan.
haaa.. korang tak caye lagi ke?. 

ni la aku waktu jadi cikgu dulu. tapi ni budak Pra. kiranya mcam tadika la sebelum diorang masuk darjah satu. yang kat sebelah aku tu kalau tak silap aku name dia cikgu Su kot. dah lupa dah nama dia. ni la skandel aku kat Cameron tu. kalau hujung minggu je call. 

"Sue.. jom tengok wayang."
"mana datang wayangnya kat Cameron nie." jawab Sue.
"eh??. saje je gurau. jom karaoke." balas aku untuk cover malu.

Aku tak tau pon kat cameron nie tak de panggung wayang. kesian giler kan orang-orang Cameron nie. dah la duk atas bukit. Entertain pun kurang. Nasib baek ade strawberry ngan anggur. rase la mcam kat Britain skali skala.  

Eh.. lari topik da nie... Sambung la..

Hari Ini Aku Berkebun..

Hari second balik rumah aku kena tolong ayah aku pegi kebun kat kampung. kira bagus la tu sebab niat balik memang nak tolong parent aku buat kerja pon. giler baik aku kan. Sungguh soleh, untung siapa yang dapat menantukan lelaki seperti aku ni..

Siap-siap nak pegi Ladang pakai baju rugby TM yang aku rembat waktu maen rugby kat UUM dulu dengan suar pendek. mak aku plak tanya.

  " Ateh pegi kebun pkai suar pendek je ke?.
  "emm.. nape?. ade lalang ke?. banyak duri ke?. balas aku.
  " bayak tak banyak la. kene berbirat jugak la kaki." nyampuk ayah.

Aku pon masuk bilik mencari seluar jeans. pegi la kampung nenek aku. Sungai Ling nama kampung dia. Sampai sana aku memasukkan barang" ke dalam Wrangler Jeep Atok wan Aku punya.

haa. ni la Wrangler Jeep atok aku.

Wrangler zaman bile nie?. huhu.

"Den nak poie kobun nie mak" ayah aku ckap dengan wan aku. sememangnya kalau balik kampung keluarlah lidah negeri Sembilan ayah aku tu. Den pon polek sebab kampung kat pahang. tapi mejoriti orang kampung cakap negeri Sembilan. aku pon tak tau mcam mane loghat Negeri Sembilan jadi bahasa rasmi kat kampung ni. agaknya dulu waktu zaman kesultanan, kerajaan Minangkabau menjajah kampung ni kot. Atau pun Tok Gajah dulu berperang dengan British menggunakan bahasa Orang Negeri kot.

Sampai kat ladang sawit aku tngok banyak giler kerbau masuk ladang makan pucuk sawit. 

"Cilake punye kerbau"

Aku pon amek kayu panjang kononnye nak halau kerbau tu. padahal langsung tak berani. hakhak. Cilake punya kerbau. Tak takut pon dengan kayu samurai aku ni. last" ayah aku call tuan kerbau tu pergi halau. aku pulak melakukan tugas sebagai seorang peladang yang berjaya dengan membaja pokok" sawit.

eh". kacaknya pekerja ladang ni..hakhak.

Tengok muka. merah. nmpak sangat da lama tak turun ladang. camtu la aku. letih giler kot. lepas tabur baja kat pokok, aku mencangkul plak. buang mana-mana pokok yang rapat dengan pokok sawit tu.

Aku pangil nie Pokok pengganggu

haa. macam ni la pokok-pokok yang aku buang tu. sebab kena buang takot nanti ia mengganggu pembesaran pokok kelapa sawit. sambil nyanyi lagu ~Tanya sama pokok.. apa sebab goyang~.

Dah dekat pukul6. aku dah letih giler. tapi ayah aku tak berhenti lagi buat keje. giler la. orang dulu kudrat kuat giler. Macam badang.. nak kata minum tongkat ali, tapi aku tengok bawak air oren je.

bila da pukul 6 baru lah aku balek rumah Atok aku. lepas tu bersiram dengan air perigi.. huuuhuhu. sejuknyeee....

~Tanya Sama Pokok.. Apa sebab Goyang~

........................................

Jumaat, 29 Julai 2011

Last Day at Halal Hub Opis..

Hari Jumaat....Pukul5 pagi.....

Dummm....Duummmmm....Dhuuurrrmmmmm....

Arghhhh!!!!... sape pulak bergaduh pepagi nie... bising betol la.. nk tido pon tak boleh..bangun smbil jengok tingkap memandang keluar... 

ohh.. hujan rupenye..hihi.. tangan meraba henset...emmm.. baru pukul 5.. tido lgi la..

************************

Ni intro aku pagi last day aku keje kat Halal Hub..hari Jumaat, 29/07/2011 lebih kurang 3 hari sebelum ramadhan la ni.

Aku bangun pukul 6.32pagi waktu jam aku. malas betul la nak pergi kerje.. dah la hujan sepoi sepoi bahasa.. sedap la kalau tidur balik ni.. tapi memandangkan aku seorang pekerja yang berdidikasi..hehehe.. kene la bangung pagi menyiapkan diri, iron baju lepas mandi dan gosok gigi adalah rutin harian aku sebelum pergi kerja. hari terakhir kerja kot. kena lah bersemangat sikit untuk meninggalkan sisa perjuangan aku di tempat kerja tersebut. mana tahu ade hadiah dari staff lain nak bagi aku hari ini. sebab tu aku bersemangat ni.hehehehe....

***************

Turun daripada lift, terbukak sahaja lift tersergam indah Evo10 kepunyaan aku di tempat parking kereta.. Bertolak dari Putra sampai la ke Titiwangsa.. park kat situ sebab parking situ free.. hahaha.. yang free mesti kena nampak.. lepas tu naek la monorel sampai la Raja Chulan.. tak berani aku nak park kat bawah menara office aku. Parking yang mahal menjadi perkara utama memandangkan gaji aku ni bukan gaji seorang CEO. tambahan dengan jem yang teruk memaksa aku naek monorel jer..

Dalam monorel ni aku tengok semua senyap.. agak-agak diorg ni simpan tenaga nak berpuasa nanti kot.. aku dah kompem senyap sebab aku pegi kerja sorang-sorang je.. tak ada seorang mahluk pun yang nak teman kan aku pergi kerja pun.. ajak orang tak ada nak tumpang, so.. lonely je la..

Tapi ada la makcik duduk depan aku ni.. bla..bla.. ko tau tak Siah.. bla..bla..bla.. berkerut" dahi die cerita.. siap angkat kening macam The Rock wrestling tue.. hurmm.. makcik2.. cukup" la tue.. da tua da kot.. hahaha..

Dulu badan aku mcam ni.. tapi awek aku xsuke..
aku terpaksa ubah balik..huhuhu

***************

Turun monorel usha2 line dlu.. kot2 la ade awek cun yang usha aku.. emmm.. memang xde nampaknya... teruskan perjalanan untuk beli nasi lemak abg Sham plak.. skali tngok.. perghh!!... panjangnye beratur... sampai seberang jalan.. sedap punye pasal aku pun beratur la.. 

Tengah-tengah beratur tue nampak lagi makcik yang dalam monorel tadi tue.. kumat-kamit mulut die tengah berzikir ngan member dia.. sekali dengan dahi sekali..hahaha.. tak habis lagi!!. watak penting makcik tu hari ni.. hahaha....



Pukul 9.01.. baru msuk opis.. setengah jam satu minit lambat masuk office.. takpa la kot... hari last kan..hehehe..
masuk opis dapat Jeans Ralph Lauren kot.. opis mate aku bagi.. cek wan name die.. suka giler aku.. tak penah pakai suar same harga ngan bayar kereta sebulan.. 4rat katanya. aku pun percaya je la.. buat suar raye la..

Lebih Kurang cam ni la patent die.. tp yg lama.. 
ehh... cepat2.. byk lagi keje tak siap ni.. tak boleh berhenti pulak aku nanti..

Bubye Halal Hub... Bubye Raja Chulan... work at PIHB is the sweet memories in my life.. miss u all der..

Bikit Bintang!!!.... I'm Coming!!......

Lupe nk wish... Selamat Berpuasa di Bulan Ramadhan nie.... =D.. Taun nie aku akan berpuasa penuh..hehehehe...



...................................................

Jumaat, 22 Julai 2011

Juvana... Layaannnn!!!..

Cite Juvana kat dalam TV3 da habis. kata media jumlah penonton yang tengok cite juvana mencecah 4juta. huishh!. ramai tu. kiranya kalau aku tak tengok jadi 3,999 999 la kot.

Tapi aku tengok balik kat laptop nazak aku ni.. tunggu masa je nak ditanam.. kubur dah gali dah..

Muka ganas kan.
Muka semua tak boleh tahan. Ganas-ganas sumenya. tapi cover cite ni kurang menarik. sebabnya gambar Daim yang besar. Cube la kalau di letak gmbar cikgu Zakiah besar-besar kat tengah tu. Comfirm aku dah print Color lepas tu frame kan kat dinding rumah aku bersebelahan dengan gambar aku sewaktu aku kecil dulu. Mesti cikgu zakiah pon framekan gmbar aku kat rumah dia.

Secara overol, lakonan semua dalam cerita tu agak bagus. cume ade kadang-kadang lakonan macam kayu.. hihihi.. jalan cite memang terbaik la bagi aku. tambah-tambah dengan lakonan Warden ngan cikgu zakiah. nie knape aku nie dah mcam pengulas drama nie. macam dah macam pengkritik dah. tapi sape yang tengok cite tu tak rasa sikit pun suka kat cikgu zakiah memang kromosom lelaki die tertingal kat perkampungan ayah pin la kot..

Ayu nye cikgu ni..

Sabar cikgu yew.. jap lagi saya masuk line.. ishh.. malu la plak..

Tapi aku dengar cikgu ni kaple ngan Botak. apesal Botak tak habis-habis buat guwa panas ni. jangan sampai aku botakkan kepala dia skali lagi. huh. terasa kemarahanku bergitu terserlah la plak..


Ni gambar awek aku yang berlakon cita Juvana tue.. Cun Giler kan..

Huh.. tak tahan aku tngok Cikgu zakiah ni.

**********

Dulu aku kaple dengan lisa.. tapi lepas izreen ni top. aku terpaksa la tinggalkan dia. sebab awek aku semua top je.

Tengok menangis lisa ditinggalkan.
Menangis Lisa kena tinggal..takpe Lisa.. anggaplah kita tak ada jodoh.. huhuhu.. take care.. kesian pulak aku tengok Lisa ni..hihi.. harap" Yusri tak bace nie.. kalau tak msti kne sodok ngan Hummer die..

Seronok Budak nie dapat Hummer.. jelesnya aku..
...............................................

Khamis, 21 Julai 2011

Arghhh!!!... Aku Berjayaa!!... huhuhu

Sukenye aku berjaya type blog pertama aku ni.. terasa macam dah pecah kebuntuan jaringan goal aku sejak sekolah menengah dulu..

First time log in blog ni.. aku tengok ramai sangat dah ada blog sendiri.. aku pon nak try cuba la.. Cik Limah belakang rumah aku pon ada blog katanya.. tapi aku tak penah nampak pun blog dia tak internet..macam tipu je Cik Limah tu.. terasa macam zaman mesolitik pulak kalau tak ada blog sendiri.. so terasa aku nie kat zaman moden, kena la ada blog sendiri baru boleh berbangga dengan orang-orang kampong aku..

Huurmmm!!... apa yang aku nak type??..

apa pun ni sebagai intro je dulu..kepada peminat-peminat aku semua aku mintak maaf sebab aku tak ada modal lagi la nak type..hakhak..[sorang pengikut pon tak ade lagi, bajet dah ada peminat]..

Lagi pun jam dah pukul 6 petang.. aku dah nak balik ni.. buat blog ni pon sorok-sorok je dari boss aku.. elok dia nampak kenyang aku makan selipar saiz 7..

Sebelum aku pulang aku nak letak dulu lah gambar yang menjadi kegilaan wanita masa kini..kehkeh



Emmm.. kacaknye saya..lol..

Ni kalau atas pentas kompem kene baling kerusi nie..

Sempena pembukaan blog besar-besaran ini lah intro yang berjaya aku buat...

Yesss!!.. berjaya aku type.. dengan bangganya..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...