Nuffnang Ads

Khamis, 28 Jun 2012

Kisah Selipar Jepun

Kali nie aku nak menceritakan satu kisah selipar jepun yang berlaku pada zaman aku kecik-kecik dulu lah.. Zaman sekolah rendah dulu la.. aku teringat pasal cerita ni sebab semalam waktu hantar kak Malia balek dari keje die bercerita la satu cerita yang panjang lebar kat aku dengan Kimi. tapi yang aku teringat pasal cerita selipar jepun nie sebab die cakap mcam ni.. " Sedangkan selipar jepun yang putus tu pun akak ingat.. inikan boifen-boifen aku dulu." dgr cara die cerita memang banyak betul lah boifen die.. eh. jap.. tapi kenapa selipar tue dinamakan selipar jepun?. knape tak dinamakan selipar Belanda ke, selipar Portugis ke, K.Rajagopal ke, Safee Sali ke.. orang Jepun je ke yang pakai selipar.. tak de pulak gambar Maria Ozawa kat selipar tu sampai dinamakan selipar jepun.. knpe Jepun pulak yang dapat nama?. tapi org cakap waktu penjajahan jepun dulu orang-orang jepun ni pakai selipar mcam tu.. manakala penjajah-penjajah mat saleh ni pulak pakai kasut-kasut yang agak canggih.. ahhh. apa-apa je lah..



'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''

Ok lah.. Sambung cerita..



Pada zaman dahulu, di sebuah perkampungan Felda yang dinamakan Jengka 15. Ada seorang jejaka ensem yang bernama Fadhil.. tue nama guwa kalau nak tau..keh..keh.. dan aku ada seorang brader kandung. Pada hari Jumaat yang sangat cerah dan harmoni.. Dengan burung-burung murai terbang berkicauan.. awan yang cerah menampakkan matahari yang tersenyum sambil memakai cermin mata Okley.. Aku dengan brader aku tengah bersiap-siap untuk pergi sembahyang Jumaat.. 




Bila melangkah je keluar rumah aku tengok selipar Jepun brader aku dah tak mcam selipar dah.. aku pun berkekeh gelak..aku pun sindir abang aku..






"keh..keh.. cantik selipar abang.. keh..keh.."




"Ko diam la.." 




jawab brader aku..




"Balik ni aku nak rembat selipar orang kat masjid tu.. keh..keh.." 




Ujar brader aku..






Niat mula-mula punya lah murni nak pergi sembahyang Jumaat.. tapi ade niat jahat disebalik melakukan kebaikan tue.. hahaha.. jahat sungguh abang aku ni..




Aku pon pergi la sembahyang Jumaat bertiga sekali dengan ayah aku...




Sampai je Masjid.. aku dengan brader aku macam biasa la.. port baek punya belakang sekali.. aku tengok brader aku dah senyum-senyum usha selipar jepun yang die nak rembat.. sekali die dah aim satu.. sambil tolak bahu aku...






"Ateh....




panggil brader aku.. sambil menjuih mulut dia kat selipar yang die dah target tu..




aku tengok tak ada lah cantik sangat.. tapi nampak mcam baru...




Mcam ni la cth selipar jepon 

Bila dah selesai sembahyang...aku pun bagi lah salam yang kedua..


"Assalamualaikum Warahmatullah..."


"Aik?. mana hilang brader aku ni.."


aku toleh belakang tengok dia berlari terkedek memasuki kereta..kah..kah... pantas sungguh brader aku ni buat kerja..kah..kah..


Aku pun bangun la pergi mendapatkan brader aku tu..


"abang.... awal dari imam lagi... keh..keh.."


"gila kau.. nanti kantoi.. tak pasal-pasal kene pulang balik selipar jepon ni.."


imam pun dah selesai mambaca doa..aku dengan brader aku tnggu la ayah aku didalam kereta untuk pulang kerumah...


Selang beberapa minit.. aku terlihat kelibat seorang yang sangat kacak berjalan menuju ke kerata..ahh.. ayah aku rupanya.. muka saling tak tumpah kekacakannya seperti anak beliau.. ayah aku berjalan menuju ke kereta..brader aku pun seronok sebab dapat rembat selipar baru tue.. terkeluar dari mulut die berkata...


Yessss!!!.. ayah dah datang...




Tapi bila tengok ayah aku berjalan aku ade musyikil sikit.. kenapa ayah aku datang ke kereta tanpa sebarang alas kaki atau lebih dikenali sebagai selipar??.. aku dah rase macam sedikit laen macam dan kompius... hurmmm!!. aku pun ckap..




"cilake.. abg tengok.. abang rembat selipar orang laen.. orang laen pon rembat selipar ayah.." kesian ayah tau....




Ayah aku buka pintu kereta...


"Tup..."


pintu terbukak..


Dengan nada yang terkejut brader aku tanya ayah aku...


"hah?!.. kenapa ayah tak pakai selipar??.. selipar ayah hilang ke??..


"ha'ah.. ade orang curi kot."


balas ayah...


tetiba ayah terjeling selipar yang brader aku pakai tu..


"cantik selipar abang.."


Ujar ayah..


"hah.."


blasas brader aku..


"ni mcam selipar ayah nie... abang amek selipar ayah yew.."


ujar ayah aku..


"hah?.. abang tak ada selipar ke??.. abang pakai selipar apa datang tadi?/.."


aku buat-buat tanya.. seolah-olah aku tak bersubahat dan langsung tidak mengetahui dengan perbuatan jahat  brader aku tue..keh..keh..


Brader aku balas...


"Abang tak jumpa selipar abang tadi.."| sambil buat muka kesihan.. keh..keh..


"pegi cari balek selipar abang tu.. patut la ayah tak jumpa selipar ayah tadi.."


ujar ayah..


brader aku pun keluar la dari kereta dia  lepas tu pegi la amek balek selipar buruk die tu dengan membuat mimik muka dah macam semut kembali ke sarang tanpa sebarang makanan.. aku yang duduk seat blakang dah terkekeh-kekeh menahan gelak..keh..keh... sebaik brader aku masuk kereta.. ayah aku bersuara...



"patut la amek selipar jepon ayah.. buruk sangat dah selipar nye tue.."


aku senyum je.. sambil tahan ketawa..keh..keh..


"jap lagi ayah bagi duit pegi la beli selipar Jepon kat kedai Mat Sah tu yew.. kah..kah.."


ujar ayah sambil ketawa..


Apabila sampai je dirumah aku terus masuk ke dalam bilik.. Lantas aku meneruskan segala yang aku tahan di dalam kereta tadi..


Kahhhhh...kaahhhhh..kahhhh....


Brader aku pandang aku dengan muka yang tak puas hati jer...   kahhh.kahhh...


''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''

Pada hari tu aku dah belajar dan sedar..


"Sepandai pandai tupai melompat.. akhirnya jatuh ketanah jua.. inikan tupai yang tak pndai nak melompat.. lagi la tersembam jatuh.."




Setiap apa perbuatan yang kita lakukan, sama ada baik atau buruk, Allah akan tetap akan memperlihatkan kepada umum.. jika kita terlepas di dunia.. akhirat nanti pasti tidak.. kita tidak akan terlepas walaupun satu detik pun.. Semuanya telah direkod kan di dalam diari amalan kita...

Selasa, 26 Jun 2012

EURO 2012 Poland Ukraine

Setelah jauh aku berjalan.. menempuh liku.. akhirnya berjaya jugak aku sampai di Stadium Warsaw Poland. Dimana tempat bermulanya sepak mula perlawanan bola sepak yang berprestij di Eropah.. Suasana yang sungguh meriah menghangatkan suasana EURO 2012 pada kali ini.. aku pun bersama York, Arip, dan Izam mengambil tempat yang selesa untuk menyaksikan perlawanan pertama di antara Pasukan Tuan rumah Poland bertemu Greece.. walaupn Poland dan Greece bukan pasukan favorite aku, tapi tak lengkap sebenarnya kalau deman bola tak tengaok perlawanan pembukaan di skrin 40" rumah aku nie..keh.keh.. 


My mom always said.. " kau tak payah nak London sangat lah.. kau tu kat rumah makan tempoyak jugak.. xde bertukarnya rambut kau tue macam Pavel Nedved tu".. emm.. macam mana mak aku boleh tau lagenda  bola sepak Juventus ni.. hebat jugak mak aku nie.. yeahh..Walau bagaimanapun Tempoyak memang terbaek didunia!!..
Ni la lagenda Juveentus


16 Negara terbaik Eropah berentap di bumi Poland dan Ukraine. Sebenarnya diorang bermain untuk dapatkan khazanah besi ni je. kalau balik rumah buat sendiri pun boleh.. tetapi dengan berjuang untuk mendapatkan Trophy ni sebenarnya berjuang untuk maruah dan kebanggaan negara masing-masing. yeahh!!.. 
EURO 2012 Trophy Poland Ukraine

Macam biasa lah.. setiap kejohanan bola sepak Piala Dunia ke, EURO ke, piala Africa ke.. setiap manusia di dunia ini mempunyai pasukan kegemaran masing-masing. Mak Bedah yang buat kuih depan rumah aku ni pon fanatik sangat dengan pasukan Belanda dia. tiap-tiap perlawanan yang Belanda main mesti kedai kuih die tutup.. kah..kah.. tapi masalahnye sekarang muka dia asyik masam je, sebab Belanda xpernah pulak nak menang.. Diminta Mak Bedah bersabar yew.. keh..keh. Relek Mak Bedah.. dah kalah jangan nak jual mahal pulak karipap tu.. jngan jadi dua singgit plak..memang aku boikot Mak Bedah nanti..

Satu lagi, dek kerana deman EURO.. sampai ada yang tak tahu tentang EURO, tapi nak buat-buat tau jugak.. Orang lain sembang, dia pon nak sembang.. Boleh pulak dia bagi statement " Brazil mempunyai ramai permain yang hebat.. Mereka juga pernah memenangi EURO.."..keh..keh.. akak.. kalau tak tau sangat jangan la publish statement kat public.. tak kan nak cari publisiti sampai cara mcam ni kot... hihihi.. sakit perut aku gelak..


Mesti akak tu akan cari aku sampai jumpa lepas baca entry aku ni.. mintak-mintak la die tak jumpa bloq aku..keh..keh.. tak kan semalam peta dunia dah berubah?. huhuhu

Ohh.. kita sambung balik..

Pasukan pilihan aku dah kompem-kompem la Spain.. tapi di sebabkan pasukan Spain terlampau hebat dipersada dunia sekarang, maka aku dengan kawan-kawan aku telah mengharamkan untuk untuk mempertaruhkan pasukan tersebut. Maka aku pun telah memilih pasukan Germany sebagai pasukan no2 aku lah. nampaknya pasukan Jerman telah mengharungi setiap perlawanan dengan baik.. aku predict Spain akan jumpa Jerman Final ni..

Aku penyokong setia Malaysia.. keh..keh..


Di sebabkan Demam bola melanda.. Aku dah tak boleh nak tido awal hari ni.. sebab selalunya game akan start pukul 2.45am.. dan disebabkan game tak ada hari ni telah membuatkan aku kembali untuk menulis bloq  yang tak berapa nak best ni lah. Dan percayakah anda, disebabkan bola nie la punchcard kerja aku selalu merah dah sekarang. sebah hari-hari terlewat bangun nak pergi kerja.. Macam ckit je increment gaji aku tahun nie..huhuhuhu

Aku dah plan dah nak belanja Boss teh tarik dengan mee goreng mamak kat depan kedai kak Maria tu.. agak-agak appraisal aku boleh naik tak..

Ahad, 13 Mei 2012

Man City Atau Man Utd!!..

Hari ini adalah hari penentuan, Club Manchester yang manakah akan merangkul gelaran juara Liga EPL pada malam ini.. kesemua pemina daripada Nepal, Bangladesh, Burma, Greenland, Malaysia, K.Rajagopal, Safee Sali, dan semua negara akan menanikan detik 10malam ini untuk tidak terlepas menyaksikan Liga berprestij ini.. 

Demi mendapatkan satu piala, dua kelab Manchester akan bermain bersungguh-sungguh.. Walaupun hanya sekadar satu piala.. tetapi terdapat perbezaan dan makna yang besar kepada dua kelab ini..



Tadi lepas aku balik dari pada kerja.. pun duk usha2 la, cuci2 mata.. maklum la.. ramai sangat orang kat shopping complex nie.. tapi yang aku paling perasan skali hari ni terdapat ramai orang yang memakai baju Man Utd.. tak kira la awek-awek yang tengah tunggu si pakwa keluar dari toilet ke.. mat-mat Indonesia yang tengah buat kerja kontrak, makcik-makcik yang tengah membeli belah kat Carefour, Mat-mat bangla yang tengah menyapu sampah.. dan brader2 yang lepak kedai maple.. semuanya pakai baju Man Utd.. tpi aku tak nampak pulak mahluk-mahluk yang memakai baju Man City.. Mungkin mereka simpan untuk pakai pergi kerja Esok kot..

Tapi hari ni.. memang dah ramai dah aku tengok yang pakai baju man Utd.. Tiba-tiba mereka akan menjadi penyokong kuat QPR pada malam ini.. Muka semua berpihak kepada  Tony Fernandes.. keh..keh.. tapi aku.. walaupun Pasukan Wolves telah tersingkir ke Division bawah musim depan.. aku tetap menyokong pasukan Hoki Malaysia yang telah melangkah ke peringkat akhir Piala Hoki Remaja Asia malam ini..
Malaysia Bolehhh!!!!!

Takde Jersey hoki.. Bola pon jadi la..keh..keh..

Jumaat, 13 April 2012

Norma-Norma Kehidupan..

Kehidupan di dunia ini semakin hari semakin mencabar minda dan fizikal setiap mahluk yang berada di muka bumi ini. Baik manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, dan ape sahaja yang berada di muka bumi ini, semuanya akan merasai apa jua cabaran sama ada susah ataupun senang. Masalah tidak pernah mencari mahluk di muka bumi, tetapi mahluk di muka bumi yang mencipta dan mencari masalah itu sendiri. Tetapi, untuk melarikan diri daripada setiap masalah adalah mustahil, walaupun dimana kita berada. dan masalah yang paling besar sekarang, ape benda yang aku nak taip kat blog aku nih?. 

Disebabkan terpengaruh dengan cerita Blow sebentar tadi yang dibintangi oleh Actor Johnny Depp, terus aku dah macam seorang pensyarah menaipkan perenggan di atas, walaupun aku selalu kena berdiri atas kerusi dengan Cikgu Maziah waktu darjah lima dulu sebab tak siap buat karangan bertajuk "Cita-cita saya". Sampai sekarang aku masih merasai penangan tempeleng cikgu Maziah dulu seorang guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu. bekas kemerah-merahan terasa aliran darah mengalir dengan patas sehingga menusuk ke dalam rahang. Di sebabkan penangan jurus yang sangat hebat dikeluarkan oleh Cikgu tersebut, aku dah pandai buat karangan "cita-cita saya" sekarang. Terima kasih Cikgu. keh..keh..keh.

Dan sebenarnya aku tak berminat pun nak cerita benda-benda yang aku taip di atas. cakup sekadar intro yang macam dah tak de idea nak tulis.

Tadi aku baru je lepas tengok cite Blow. Ia mengisahkan kisah kehidupan George Jung, yang merupakan seorang pengedar kokain atau dadah yang terbesar di Amerika Syarikat pada era 70an sehingga awal 80an dahulu. Ini adalah sebuah kisah benar dan cerita ini direka selepas sesi interview di dalam penjara. Dalam masa sebulan beliau telah berjaya mendapat lebih kurang USD1.6juta daripada hasil perniagaan kokainnya. dan menjadi seorang yang sangat mewah.

Poster Filem


Pepatah melayu ada berbunyi. Langit tak selalu cerah. Rancangan yang hebat tidak semestinya berjaya. Beliau telah ditangkap dan dipenjara sebanyak tiga kali, kerana dikhianati oleh rakan perniagaan, termasuk yang terbaru beliau ditangkap pada tahun 1994 dan dikenakan hukuman penjara selama 60 tahun.

Perkara yang sangat menarik tentang beliau adalah perwatakan beliau yang sangat baik dan beliau sangat menyangi anak perempuannya. sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk anak perempuannya. Walaubagaimanapun impian beliau untuk menjaga dan membahagiakan anknya tidak kesampaian apabila beliau ditangkap dan dipenjarakan sehingga sekarang.

Kepada sesiapa nak tengok cite ni, tnggu la cerita ni keluar kat Astro HBO esok, sebab Astro ka akan berulang-ulang siaran..hi..hi.. tak pon search je google. mesti jumpa punya..

Selepas aku tengok cerita ni, aku mula terfikir, mungkin ada dikalangan pengemis di negara ini pernah menjadi manusia yang agak hebat pada waktu ketika dahulu. Oleh kerana dikhinati oleh rakan perniaaan menyebabkan seorang itu jatuh dengan teruk.. dan apabila ada peminta bantuan datang kat aku, mesti aku akan bagi singgit.. hi..hi..hi.

Apasalahnya apabila kita bagi sedekah kepada yang meminta. kalau setakat singgit tue ape de hal. sekurang-kurannya ikhlas walaupon jumlahnya sedikit. tapi kalau peminta bantuan mintak sampai RM10 tu kalau tak ikhlas baek tak payah bagi la. buat apa bagi klau tak ikhlas. membazir je. baek pergi kedai KK 24jam beli jajan bagi anak buah makan. lgi mcam bagus..hi..hi..

Teringin aku singgah kedai KK sebelah ni..hu..huuu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...