Nuffnang Ads

Selasa, 26 Jun 2012

EURO 2012 Poland Ukraine

Setelah jauh aku berjalan.. menempuh liku.. akhirnya berjaya jugak aku sampai di Stadium Warsaw Poland. Dimana tempat bermulanya sepak mula perlawanan bola sepak yang berprestij di Eropah.. Suasana yang sungguh meriah menghangatkan suasana EURO 2012 pada kali ini.. aku pun bersama York, Arip, dan Izam mengambil tempat yang selesa untuk menyaksikan perlawanan pertama di antara Pasukan Tuan rumah Poland bertemu Greece.. walaupn Poland dan Greece bukan pasukan favorite aku, tapi tak lengkap sebenarnya kalau deman bola tak tengaok perlawanan pembukaan di skrin 40" rumah aku nie..keh.keh.. 


My mom always said.. " kau tak payah nak London sangat lah.. kau tu kat rumah makan tempoyak jugak.. xde bertukarnya rambut kau tue macam Pavel Nedved tu".. emm.. macam mana mak aku boleh tau lagenda  bola sepak Juventus ni.. hebat jugak mak aku nie.. yeahh..Walau bagaimanapun Tempoyak memang terbaek didunia!!..
Ni la lagenda Juveentus


16 Negara terbaik Eropah berentap di bumi Poland dan Ukraine. Sebenarnya diorang bermain untuk dapatkan khazanah besi ni je. kalau balik rumah buat sendiri pun boleh.. tetapi dengan berjuang untuk mendapatkan Trophy ni sebenarnya berjuang untuk maruah dan kebanggaan negara masing-masing. yeahh!!.. 
EURO 2012 Trophy Poland Ukraine

Macam biasa lah.. setiap kejohanan bola sepak Piala Dunia ke, EURO ke, piala Africa ke.. setiap manusia di dunia ini mempunyai pasukan kegemaran masing-masing. Mak Bedah yang buat kuih depan rumah aku ni pon fanatik sangat dengan pasukan Belanda dia. tiap-tiap perlawanan yang Belanda main mesti kedai kuih die tutup.. kah..kah.. tapi masalahnye sekarang muka dia asyik masam je, sebab Belanda xpernah pulak nak menang.. Diminta Mak Bedah bersabar yew.. keh..keh. Relek Mak Bedah.. dah kalah jangan nak jual mahal pulak karipap tu.. jngan jadi dua singgit plak..memang aku boikot Mak Bedah nanti..

Satu lagi, dek kerana deman EURO.. sampai ada yang tak tahu tentang EURO, tapi nak buat-buat tau jugak.. Orang lain sembang, dia pon nak sembang.. Boleh pulak dia bagi statement " Brazil mempunyai ramai permain yang hebat.. Mereka juga pernah memenangi EURO.."..keh..keh.. akak.. kalau tak tau sangat jangan la publish statement kat public.. tak kan nak cari publisiti sampai cara mcam ni kot... hihihi.. sakit perut aku gelak..


Mesti akak tu akan cari aku sampai jumpa lepas baca entry aku ni.. mintak-mintak la die tak jumpa bloq aku..keh..keh.. tak kan semalam peta dunia dah berubah?. huhuhu

Ohh.. kita sambung balik..

Pasukan pilihan aku dah kompem-kompem la Spain.. tapi di sebabkan pasukan Spain terlampau hebat dipersada dunia sekarang, maka aku dengan kawan-kawan aku telah mengharamkan untuk untuk mempertaruhkan pasukan tersebut. Maka aku pun telah memilih pasukan Germany sebagai pasukan no2 aku lah. nampaknya pasukan Jerman telah mengharungi setiap perlawanan dengan baik.. aku predict Spain akan jumpa Jerman Final ni..

Aku penyokong setia Malaysia.. keh..keh..


Di sebabkan Demam bola melanda.. Aku dah tak boleh nak tido awal hari ni.. sebab selalunya game akan start pukul 2.45am.. dan disebabkan game tak ada hari ni telah membuatkan aku kembali untuk menulis bloq  yang tak berapa nak best ni lah. Dan percayakah anda, disebabkan bola nie la punchcard kerja aku selalu merah dah sekarang. sebah hari-hari terlewat bangun nak pergi kerja.. Macam ckit je increment gaji aku tahun nie..huhuhuhu

Aku dah plan dah nak belanja Boss teh tarik dengan mee goreng mamak kat depan kedai kak Maria tu.. agak-agak appraisal aku boleh naik tak..

1 ulasan:

  1. Yes!! Team Spain aku menang... Game yang terbaekk!!..
    LA FURIA ROJA!!..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...