Hurmm.. bagi aku tak pernah ada peluang kedua. peluang pertama yg hadir haruslah digunakkan sebaik-baiknya..kerana selalu bagi aku peluang kedua seakan-akan hadir. tapi sebenarnya tu bukan peluang kedua, tapi hanya untuk memburukkan keadaan dan suasana..bagi aku tak ada peluang kedua.. it all 'bullshit'.kita hidup di dunia bukan mcam bermain bola sepak.. macam Fernando Torres, walaupun permainannya yg akan teruk ditunjukkan, tapi masih diberi banyak peluang untuk menunjukkan aksi di atas padang..
Waktu aku sekolah rendah aku wakil sekolah maen bola sepak. tapi sampai peringkat separuh akhir aku kalah dengan SK Bandar Pusat1 1-0. Coach aku name dia Cikgu Lan.. die ckap.. "tak apa, ada lagi peluang kedua.. bile da naek skolah menengah aku maen bola sepak lagi.. kali nie sampai final tapi kalah penalti plak.. mne peluang kedua aku??. sekali lagi aku cuba peringkat Universiti.. aku lepas suku akhir je. kalah dengan kolej Petronas.. ape jadah peluang kedua yg aku dapat?..
Satu lagi aku penah mewakili skolah maen badminton..waktu tu aku berumur 15tahun.. aku mewakili skolah bawah 18tahun dan menjadi pemain single terbaik skolah pada ketika itu. tapi aku kalah peringkat separuh akhir. walau bagaimanapun aku telah terpilih mewakili negeri. tapi aku hanya menjadi seorang pemain reserve..
semua coach aku ckp.. "jadi simpanan tak apa, ko msih ada masa dua tahun lagi." ada yang cakap "ko peserta paling muda kat sini, masa depan ko cerah.". so bila tahun depan pulak aku telah diserang sakit buah pinggang. dan aku tidak terpilih untuk mewakili negeri pada ketika itu.. coach aku ckp.. tak ape.. taun ni kamu rehat.. taun depan kamu mesti menyerlah..
tapi penyakit aku berlarutan dan memaksa aku berehat panjang.. dan permainan aku dah mcam budak darjah satu.. dan aku hanya dapat memerhatikan pemain-pemain kebangsaan yang bertanding sehingga sekarang.. hurmmm.. mane peluang kedua aku?..
Mungkin ada peluang kedua. tapi bukan untuk aku.. terlampau banyak yang aku dah sia-siakan dan lepaskan di dalam hidup ini.. sehingga sekarang. kekecewaan sering datang daripada kejayaan dan kegembiraan. mungkin ini adalah balasan bagi aku di atras apa yang telah aku lakukan sepanjang hidup aku.. dan aku pon tak tau kenape aku type bende2 mengarut yang mcam cilake nie.hakhak.
Sehingga sekarang peluang telah banyak hadir dalam hidup aku.. tapi aku tak mampu grab peluang yang ada di sebabkan ada halangan yang lain.. mcam mana aku nk atasi masalah ini.. tak ada sapa2 pon yang boleh bantu aku.. makin hari makin teruk masalah aku..peluang yang datang dalam hidup aku hanya berlalu begitu sahaja.. dan satu pesanan di sini, sesiapa yang agak2 kurang paham tntang penulisan aku arini silalah merujuk buku text sastera bahasa melayu tingkatan 4.. maybe anda semua boleh paham kot lepas tu..
![]() |
Aku rasa ni la buku Sastera Tingkatan 4 |
dan ada juga yang berjaya mendapat peluang kedua atau yang ketiga.. itu membuatkan seorang itu berasa teramat gembira apabila peluang itu sampai tepat pada masanya dan mampu dimiliki.. Tahniah dan bersyukurlah kepada sesiapa yang telah mendapat dan memiliki peluang kedua tersebut..
Kadang2 aku rasa dunia ni macam tak adil je.. kenapa ada yang dapat peluang dengan senang dan gembira.. dan kenapa ada yang hanya mampu melihat peluang datang tapi tak mampu miliki.. dan kenapa juga ada yang tak pernah diberi peluang langsung.. sekarang guwa tak boleh nak pikir lagi..
"Hidup lama yang gemilang.. hidup baru lu ape cita bro"..- Ajib..
betol jugak ckap lu ajib.. hidup lama yang gemilang..
Emmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm........
dah la.. out la.. dah rase mcam tersesat pulak..
Tabah la menghadapi apa jua cabaran...Ingatlah..Allah meguji keikhlasan disaat kita bersendirian..Allah memberi kedewasaan disaat kita dilanda masalah..Allah melatih kesabaran dalam kesakitan,,& Allah tidak pernah mengambil sesuatu yg kita sayang / suka kecuali menggantikan nya dengan yang lebih baik..
BalasPadammentari88
hidup lama yang gemilang.. thanks..
BalasPadam